‘Tanda Pagar’: Apa itu dan apa fungsinya?




Bila berniaga online, penting untuk menyerlah dalam carian terutamanya dan hashtag adalah cara paling onz. Tapi, apa itu hashtag dan apa fungsinya?


Hashtag atau tanda pagar adalah ungkapan kata yang didahului simbol ‘ # ’, contohnya seperti #catsofinstagram #alifpalingarif dll.


Penggunaan tanda pagar ini dipopularkan platform seperti Twitter dan Instagram di mana ia berfungsi untuk mengkategorikan kandungan dan menjejaki topik, atau bahasa mudahnya, bagi senang pengguna untuk cari.


Tapi, platform media sosial lain seperti Facebook, Pinterest, LinkedIn dll juga turut mengaplikasikan penggunaannya, maknanya penggunaan tanda pagar ini amatlah meluas ya.


Sekarang kita dah tahu apa fungsinya, tapi bagaiman pula nak menggunakan tanda pagar ini sepenuhnya untuk perniagaan kita? Ha, teruskan membaca!


  1. Paling utama, bila nak gunakan tanda pagar, ungkapan kata perlulah didahului simbol ‘ # ’ dan diikuti kombinasi perkataan yang mentakrifkan posting anda.

  2. Penggunaan tanda pagar tidak berfungsi bila ada ruang ataupun simbol lain seperti ‘ !, $, %, ^, &, *, +, . ‘ di antara perkataan.

  3. Tanda pagar yang unik kepada bisnes anda pasti membezakan anda dengan bisnes lain, tetapi penggunaan tanda pagar yang telah trending akan terus melonjakkan bisnes anda ke muka hadapan carian pengguna.

  4. Bila membuat posting, tanda pagar yang digunakan tidak terhad kepada hanya satu, jadi gunakan beberapa tanda pagar yang berbeza (tidak lebih daripada 5) tetapi berkait rapat dengan mesej, produk atau servis yang hendak anda ketengahkan.

  5. Dalam menulis posting pula, tanda pagar boleh diletakkan di permulaan, pertengahan ataupun di hujung teks.



Ok, kita dah tahu apa itu tanda pagar, apa fungsinya dan bagaimana ia boleh digunapakai di platform media sosial untuk melonjakkan perniagaan kita. Jadi, lepas ni bolehlah berjinak-jinak gunakan tanda pagar yang sesuai dengan bisnes anda dan lihat perbezaannya.



© 2021 REKAPADU! sebahagian daripada SymonPatryck Group

Kami juga di sini

  • Layari akaun Instagram kami
  • Layari laman facebook kami