Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN (CBRM)



Apakah Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM)?

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM ) ialah skim pembiayaan mikro yang ditawarkan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan yang terjejas kesan daripada wabak COVID-19. Skim ini bertujuan menyediakan pembiayaan suntikan modal pusingan kepada syarikat dan usahawan mikro yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Siapakah yang layak untuk memohon Skim CBRM?

Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah :

  • Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)

  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa

  • Mempunyai lesen / permit PBT (lesen penjaja) / daftar perniagaan yang sah (SSM) atau dokumen lain yang mengesahkan pemohon menjalankan perniagaan.

  • Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain

  • Bebas daripada tindakan kebankrapan

  • Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada)


Nota: Pemohon hanya boleh memilih salah satu kemudahan sama ada dari Bank Simpanan Nasional atau TEKUN Nasional


Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon Skim CBRM?

Terbuka kepada semua sektor perniagaan


Berapakah amaun pembiayaan yang ditawarkan di bawah Skim CBRM?

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (RM1,000 – RM10,000)

Berapa lama tempoh pembiayaan Skim CBRM?

Sehingga tempoh maksima 3 tahun ( 36 bulan ) dan tempoh penangguhan 6 bulan


Berapakah kadar keuntungan bagi Skim CBRM?

Tiada kadar keuntungan dikenakan


Apakah dokumen sokongan yang diperlukan?

Dokumen yang diperlukan adalah : Usahawan Baru

  • Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN (JPP/BORANG/02)

  • Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu (JPP/BORANG/17)

  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen

  • Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)

  • Salinan Penyata Akaun Bank untuk 1 bulan terkini

  • Salinan salah satu Bil Utiliti terkini (elektrik /air / telefon)


Usahawan TEKUN sedia ada

  • Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN (JPP/BORANG/25 )

  • Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu (JPP/BORANG/17)

  • Salinan Penyata Akaun Bank untuk 1 bulan terkini


Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk kelulusan permohonan?

7 hari bekerja selepas borang permohonan yang lengkap diterima.


Saya berminat untuk membuat permohonan Skim CBRM, bagaimakah kaedah permohonan tersebut?

Usahawan boleh menghantar permohonan melalui google form https://tinyurl.com/PermohonanCBRM atau emel cbrm@tekun.gov.my Usahawan juga perlu melayari laman portal TEKUN Nasional untuk mendapatkan borang permohonan pembiayaan skim ini.

Bagi Usahawan TEKUN sedia ada yang membuat permohonan melalui Google Form, salinan kad pengenalan dan salinan salah satu bil utiliti perlu dilampirkan. Salinan dokumen ini dikecualikan jika permohonan dibuat melalui emel.


Bagaimanakah cara-cara untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan Skim CBRM?

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan Skim CBRM boleh menghubungi TEKUN Nasional di talian 03 – 9059 8888 ( 9 pagi – 5.00 petang / hari bekerja sahaja ) atau layari www.tekun.gov.my


Adakah TEKUN Nasional melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan permohonan pembiayaan skim CBRM ini?

Pihak TEKUN Nasional tidak melantik ejen atau pihak ketiga dalam menguruskan permohonan pembiayaan skim CBRM ini.


Jika pembiayaan saya telah diluluskan, bagaimanakah penyaluran pembiayaan CBRM ini akan disalurkan?

Pembiayaan CBRM akan disalurkan kepada usahawan secara 2 peringkat:


  • Sebahagian daripada nilai kelulusan 20% akan disalurkan semasa tempoh PKP dan baki 80% akan disalurkan selepas tempoh PKP.

  • 100% nilai kelulusan akan disalurkan selepas tempoh PKP


Nota : Usahawan boleh membuat pilihan ketika menandatangani surat perjanjian



Sumber: Portal Rasmi TEKUN Nasional

© 2020 REKAPADU! sebahagian daripada SymonPatryck Group

Kami juga di sini

  • Layari akaun Instagram kami
  • Layari laman facebook kami