
Instagram memberi khidmat kepada komuniti global yang terdiri daripada 1 bilion orang yang aktif setiap bulan. Orang ramai menggunakan Instagram untuk berkongsi detik, mencari minat, mendapatkan ilham dan mengambil tindakan. Instagram boleh membantu perniagaan daripada setiap saiz mendapatkan pelanggan dan berkembang. Dengan menggunakan profil Instagram, perniagaan boleh mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada khalayak global terdiri daripada orang yang paling berminat dengan perkara yang mereka lakukan.
Bagaimanakah cara mencipta akaun Instagram?
Aplikasi Instagram Untuk Android dan Iphone:
Muat turun aplikasi Instagram daripada App Store (iPhone) atau Google Play Store (Android).
Selepas aplikasi dipasang, ketik untuk membukanya.
Ketik Daftar Dengan E-mel atau Nombor Telefon (Android) atau Cipta Akaun Baharu (iPhone), kemudian masukkan alamat e-mel atau nombor telefon anda (yang memerlukan kod pengesahan) dan ketik Seterusnya. Anda juga boleh mengetik Log masuk dengan Facebook untuk mendaftar dengan akaun Facebook anda.
Jika anda mendaftar dengan e-mel atau nombor telefon, cipta nama pengguna dan kata laluan, isikan maklumat profil anda dan kemudian ketik Seterusnya. Jika anda mendaftar dengan Facebook, anda akan digesa untuk mengelog masuk ke akaun Facebook sekiranya anda dilog keluar buat masa ini.
Instagram.com daripada komputer:
Pergi ke instagram.com.
Klik Daftar, masukkan alamat e-mel, cipta nama pengguna dan kata laluan atau klik Log masuk dengan Facebook untuk mendaftar menggunakan akaun Facebook anda.
Jika anda mendaftar dengan e-mel, klik Daftar. Jika anda mendaftar dengan Facebook, anda akan digesa untuk mengelog masuk ke akaun Facebook sekiranya anda dilog keluar buat masa ini.
Instagram.com daripada pelayar mudah alih:
Pergi ke instagram.com.
Klik Daftar, masukkan alamat e-mel, cipta nama pengguna dan kata laluan atau ketik Log masuk dengan Facebook untuk mendaftar menggunakan akaun Facebook anda.
Jika anda mendaftar dengan e-mel, ketik Daftar. Jika anda mendaftar dengan Facebook, anda akan digesa untuk mengelog masuk ke akaun Facebook sekiranya anda dilog keluar buat masa ini.
Jika anda mendaftar dengan e-mel, pastikan anda memasukkan alamat e-mel dengan betul dan memilih alamat e-mel yang hanya boleh diakses oleh anda. Jika anda log keluar dan terlupa kata laluan, anda perlu boleh mengakses kepada e-mel anda untuk kembali ke akaun Instagram anda.
Kredit: www.facebook.com/help/instagram