
Apabila kita ‘shopping’ dalam talian, semestinya perkara pertama yang akan menarik perhatian kita ialah gambar produk yang menarik. Pada zaman media sosial ini, foto yang menggambarkan ciri-ciri produk dengan tepat dan membantu pelanggan membayangkan rupa produk boleh meningkatkan perniagaan anda.
Ini beberapa ‘tips’ mudah untuk membantu anda membina kemahiran fotografi:
1. Manfaatkan ‘natural lighting’
Jika anda seorang peniaga kecil yang inginkan gambar kelihatan ‘premium’ tanpa bajet yang tinggi, cahaya semulajadi patut dijadikan kawan baik anda. Elakkan menggunakan cahaya buatan dari lampu seperti di siling atau lampu meja. Melainkan anda memang dilengkapi dengan lampu khas untuk fotografi, cahaya semulajadi dari sang suria pun dah cukup. Letakkan produk anda berhampiran dengan tingkap yang besar dan ‘snap’ terus!
2. Pastikan latar belakang kosong ataupun kemas
Latar belakang yang bersepah akan mengalihkan fokus dari produk anda. Antara cara-cara untuk dapatkan latar belakang yang kemas adalah dengan mengambil gambar produk di hadapan dinding atau atas meja kosong. Selain itu, anda juga boleh ‘invest’ dan membeli kertas atau papan untuk dijadikan latar belakang semua gambar produk anda. Baru lah seragam dan nampak ‘effort’ sikit.
3. Gunakan tripod
Kalau anda inginkan gambar yang betul-betul ‘sharp’ walaupun ‘zoom’ banyak kali, guna lah tripod supaya gambar anda stabil dan tidak kabur. Kalau anda tidak memiliki tripod, boleh cuba letakkan telefon anda atas permukaan yang rata. Kalau guna balang makanan ataupun buku pun boleh.
4. Ambil gambar dari pelbagai sudut
Jangan lupa untuk ambil gambar dari bahagian atas, depan, tepi, belakang, bawah dan bahagian penting yang lain. Ini memastikan bakal pelanggan anda dapat melihat ciri-ciri produk dengan jelas. Dengan ini, mereka akan lebih yakin untuk membeli dari bisnes anda.
5. Gunakan aplikasi untuk sunting gambar
Terdapat pelbagai aplikasi percuma yang anda boleh gunakan untuk ‘edit’ gambar supaya kelihatan lebih menarik. Apabila anda edit gambar dengan baik, anda boleh ‘repair’ cacat-cela gambar seperti ‘lighting’ yang tidak sekata atau warna produk yang tidak tepat. Apabila anda ambil langkah proaktif untuk memastikan gambar anda sempurna, akan terserlah sikap ‘perfectionist’ anda dan ia pasti akan menarik perhatian lebih pelanggan!