
Anda seorang peniaga yang menggunakan WhatsApp untuk 'close sales'? Belum lagi menggunakan aplikasi WhatsApp Business? Mari Rekapadu kongsi dengan korang apa itu WhatsApp Business dan tunjukkan cara-cara untuk memulakan WhatsApp Business.
Apakah WhatsApp Business?
WhatsApp Business adalah aplikasi muat turun percuma yang tersedia pada Android serta iPhone, dan dibina khusus untuk pemilik perniagaan kecil. WhatsApp Business memudahkan interaksi dengan pelanggan melalui penyediaan alatan untuk mengautomasi, mengisih dan membalas mesej dengan cepat. Aplikasi ini juga dibina untuk berfungsi sama seperti WhatsApp Messenger. Anda boleh menggunakannya untuk melakukan semua perkara yang biasa anda lakukan, daripada menghantar mesej sehingga kepada menghantar foto.
Cara Memulakan Aplikasi WhatsApp Business
1. Muat turun dan lancarkan aplikasi WhatsApp Business
Aplikasi WhatsApp Business adalah percuma untuk dimuat turun di Gedung Google Play dan App Store Apple. Ketik ikon WhatsApp Business pada skrin utama anda.
2. Semak Terma Perkhidmatan
Baca Terma Perkhidmatan WhatsApp Business, kemudian ketik Setuju dan Teruskan untuk menerima terma.
3. Daftar
Pilih negara anda daripada senarai juntai bawah untuk menambah kod negara anda, kemudian masukkan nombor telefon anda dalam format nombor telefon antarabangsa. Ketik Selesai atau Seterusnya, kemudian ketik Ok untuk menerima kod pendaftaran 6 digit anda melalui SMS atau panggilan telefon. Untuk melengkapkan pendaftaran, masukkan kod 6 digit anda. Ketahui cara mendaftarkan nombor telefon anda di artikel ini.
4. Benarkan akses kepada kenalan dan foto
Kenalan boleh ditambahkan pada aplikasi WhatsApp Business daripada buku alamat telefon anda. Anda juga boleh membenarkan akses kepada foto, video dan fail telefon anda.
5. Cipta akaun:
Isikan nama perniagaan anda, pilih kategori perniagaan dan pilih gambar profil.
6. Bina profil perniagaan anda
Ketik TEROKAI > Profil perniagaan. Di sini, anda boleh menambah maklumat perniagaan penting seperti alamat perniagaan, deskripsi, waktu perniagaan dan banyak lagi.
7. Mulakan sembang
Profil perniagaan anda kini telah ditetapkan. Pilih kenalan yang anda ingin hantarkan mesej. Taipkan mesej dalam medan teks dan hantar.
Kredit: whatsapp.com