Kita sering mendengar orang menyebut tiga huruf ini; SME tapi apakah maksud sebenarnya?
Definisi di Wikipedia:
Singkatan SME ialah small and medium-sized enterprises (SMEs) or small and medium-sized businesses (SMBs)
Dalam Bahasa Melayu pula, ia dikenali sebagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Pada bulan Julai 2013, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah mengemukakan definisi baharu PKS berdasarkan saiz operasi. Anda boleh melihatnya di gambar rajah di bawah. Definisi ini diguna pakai oleh semua Kementerian dan agensi, institusi kewangan dan pengawal selia yang terlibat dalam program pembangunan PKS.

Jika sesebuah perniagaan memenuhi salah satu kriteria merentasi saiz operasi yang berbeza, maka saiz yang lebih kecil akan diguna pakai.
Sebagai contoh, jika jualan tahunan sesebuah firma berada di bawah kategori perusahaan mikro tetapi bilangan pekerja terletak di bawah kategori perusahaan kecil, perniagaan tersebut akan diklasifikasikan mengikut saiz iaitu perusahaan mikro.
Jadi, perniagaan anda terletak di bawah kategori PKS yang mana satu?
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Garis Panduan Bagi Definisi Baharu PKS yang dikeluarkan oleh SME Corp. Malaysia, klik di sini.