top of page

6 Aplikasi Grafik Percuma Untuk Bisnes Anda


Kini, anda boleh hasilkan sendiri grafik yang menarik tanpa memerlukan modal yang besar untuk membeli software grafik yang mahal dan kemudiannya, kena ambil kelas untuk belajar menggunakannya. Terdapat banyak aplikasi grafik online yang boleh membantu anda menghasilkan grafik yang cantik.


1. Canva

Canva sangat popular di kalangan online marketer kerana mempunyai koleksi template yang sangat banyak dan menepati citarasa terkini. Anda boleh menyunting imej, memasukkan ikon dan teks. Selain daripada untuk kegunaan pemasaran dan pengiklanan online, Canva juga boleh hasilkan presentation, infografik, resume, kulit buku dan banyak lagi.


  • Harga: Percuma.

  • Kelebihan: Hasilkan grafik untuk media sosial dan blog.

  • Template: Ada.

  • Aplikasi Mobile: 👍


2. Crello

Crello merupakan aplikasi reka grafik terbitan Depositphotos yang boleh menghasilkan imej untuk media sosial, pengiklanan online dan juga cetakan.

Terdapat juga template untuk menghasilkan animasi grafik.

Crello menyediakan 40 jenis format, 16 000 templates dan 260 fonts, serta pustaka foto dan ilustrasi yang besar, di susun dalam layout design yang menyegarkan.


  • Harga: Percuma.

  • Kelebihan: Grafik untuk media sosial dan animasi grafik.

  • Template: Ada.

  • Aplikasi Mobile: 👎


3. Fotor

Fotor pula satu lagi online graphic editor dengan kelebihan menghasilkan kolaj foto dan fungsi suntingan yang disukai ramai.


  • Harga: Percuma.

  • Kelebihan: Hasilkan kolaj foto.

  • Template: Ada.

  • Aplikasi Mobile: 👍


4. Fotojet

Menggunakan teknologi HTML5, Fotojet menyediakan tools yang agak lancar dan ringan. Seperti aplikasi yang lain, banyak template, fonts dan clip arts yang disediakan. Yang menariknya anda tak perlu daftar atau signup, terus boleh design dan save untuk download.


  • Harga: Percuma.

  • Kelebihan: Hasilkan grafik untuk media sosial, poster, logo, banner.

  • Template: Ada.

  • Aplikasi Mobile: 👎


5. BeFunky

BeFunky juga satu aplikasi yang popular dan ia mempunyai aplikasi mobile. “It’s Fun!” – itulah yang BeFunky cuba bawakan kepada pengguna mereka. Mereka menyediakan filter yang ‘fun’ seperti cartoonized, oil painting dan efek pop-art.


  • Harga: Percuma.

  • Kelebihan: Tiga mode – Sunting Foto, Kolaj, Reka Grafik

  • Template: Ada.

  • Aplikasi Mobile: 👍


6. Snappa

Satu lagi aplikasi online untuk reka grafik iaitu Snappa. Sama seperti yang lain-lain, ia sesuai untuk menghasilkan grafik media sosial, pemasaran dan pengiklanan atau sekadar kegunaan peribadi. Snappa boleh digunakan secara berkumpulan (kolaborasi) untuk menyiapkan satu projek.


  • Harga: Percuma.

  • Kelebihan: Hasilkan grafik untuk media sosial, poster, logo, banner.

  • Template: Ada.

  • Aplikasi Mobile: 👎


Kredit: sifoodotcom

bottom of page