
Kebanyakannya pemilik bisnes tahu apa itu copywriting dan bagaimana ia digunakan. Malangnya, ramai yang tidak tahu menilai apakah kesannya terhadap kejayaan sesuatu perniagaan. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa copywriting yang berkualiti adalah faktor jualan yang efektif.
Copywriting yang baik memberi keyakinan dan maklumat serta mendorong pembaca untuk mengambil tindakan dengan membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Ia membantu menguatkan jenama anda, menyampaikan pesanan pemasaran anda, dan membina hubungan bersama pelanggan anda.
Berhubung dengan bakal pelanggan
Salah satu aspek copywriting yang paling penting adalah komunikasi dengan bakal pelanggan anda. Ramai pemilik bisnes membuat kesilapan dengan menulis mengapa syarikat/produk/perkhidmatan mereka hebat, dan bukannya menulis tentang manfaat kepada pelanggan jika mereka menerima produk/servis tersebut.
Bunyinya seakan sama tetapi memberi maksud yang berbeza, dan perkara ini sangat penting untuk menulis informasi yang sesuai mengikut keperluan pelanggan. Copywriting yang mengambarkan manfaat terhadap bakal pelanggan akan mendorong mereka untuk membeli produk atau perkhidmatan anda.
Senang dijumpai di dalam talian
Amat penting untuk mempertimbangkan SEO (Search Engine Optimisation) sebagai salah satu strategi dalam copywriting. Ia berkaitan dengan copywriting di laman web, termasuk blog, artikel dan sebagainya .
Matlamat utama SEO adalah agar laman web anda (atau mana-mana halaman dari laman web anda) muncul paling atas di carian Google atau pelayar yang lain. Perkara ini sangat berharga kerana bakal pelanggan yang mencari topik yang berkaitan dengan produk/perkhidmatan anda dapat menemui anda secara organik. Lebih ramai bakal pelanggan yang menemui anda melalui cara ini, lebih banyak sales anda akan berhasil.
Mengembangkan jenama anda
Konsistensi adalah sangat penting untuk memastikan copywriting anda sesuai dengan penjenamaan anda. Copywriting yang hebat akan menjadikan jenama anda lebih dikenali dan membuat pelanggan anda merasa selesa dengan bisnes anda.
Sekiranya pelanggan anda biasa melihat kandungan yang menggembirakan dan menarik, mereka akan lebih terbuka untuk terus mendengar daripada bisnes anda. Sekiranya anda tidak konsisten, mereka akan menjadi keliru dan kebarangkalian mereka untuk mencari jenama lain akan menjadi lebih tinggi.
Menaik taraf kandungan yang memberi impak
Setiap ayat di laman web anda perlu ada hala tuju agar pelanggan terus berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bisnes anda. Anda hanya mendapat satu peluang sahaja untuk menarik minat bakal pelanggan anda. Pelanggan selalunya mencari maklumat yang berkualiti.
Penulis copywriting yang baik tidak ada masalah untuk mencipta kandungan yang memberikan maklumat yang tepat dan juga manfaat perkhidmatan/produk anda. Mereka tahu bagaimana untuk menceritakan dengan nada yang sesuai untuk mendorong bakal pelanggan anda untuk membeli produk/servis bisnes anda.
Sebagai contoh, halaman tentang kami bertujuan untuk memberi maklumat sementara halaman produk bertujuan untuk menjual. Penulis copywriting yang berpengalaman mengetahui perbezaan kandungan antara dua halaman ini dan akan menulis kandungan mengikut kesesuaian.
Membina kredibiliti anda
Gunakan pengetahuan dan kepakaran anda mengenai industri atau bidang yang anda ceburi untuk menjadikan diri anda sebagai sumber maklumat yang dipercayai. Matlamat anda di sini adalah untuk dikenali di industri sebagai peneraju yang akan menarik lebih banyak bakal pelanggan kepada bisnes anda.
Apabila copywriting anda menggunakan bahasa yang sesuai dengan bakal pelanggan anda, penjualan anda akan meningkat. Mempunyai copywriting yang jelas dan menunjukkan manfaat kepada bakal pelanggan anda akan mendorong mereka untuk membuat pembelian. Penulisan copywriting yang kreatif dan meyakinkan adalah pelaburan yang patut anda pertimbangkan.
Kredit: Avana Malaysia