
Bila berniaga di atas talian, penjenamaan melalui platform media sosial adalah penting bagi memastikan kehadiran perniagaan anda adalah lebih menyeluruh. Dengan lebih 2.23 bilion pengguna aktif sebulan, Facebook adalah platform yang sesuai bagi peniaga kecil dan sederhana untuk mendekati dan kekal berhubung dengan pelanggan.
Jadi, bagaimana boleh anda membina kehadiran perniagaan di alam maya, terutamanya Facebook?
Sebuah platform yang banyak fungsi, Facebook nyata terus berubah secara berkala berdasarkan algoritma pengguna. Maka bagi membina Halaman Perniagaan Facebook dan meningkatkan interaksi antara anda dan pelanggan. Dalam pembinaan Halaman Perniagaan Facebook, penting untuk uji apa yang sesuai dengan perniagaan dan jenama anda agar dapat diadaptasikan dengan perubahan semasa.
Jadi, hari ini ingin kami kongsikan 6 langkah mudah membina Halaman Perniagaan Facebook:
Langkah 1: Isi maklumat asas perniagaan anda
Pergi ke www.facebook.com/pages/creation/ atau klik pada menu dropdown di sebelah atas kanan laman Facebook dan pilih “Create Page”.
Anda akan disajikan dengan dua pilihan - “Business or Brand” dan “Community or Public Figure”. Untuk halaman perniagaan, ketik “Get Started” pada kotak “Business or Brand” tadi.
Kemudian, lengkapkan segala maklumat penting sepeti nama halaman, kategori, alamat dan nombor telefon. Jangan lupa ya, anda hanya boleh menukar kategori (bukan nama halaman) pada lain waktu jika perlu.
Langkah 2: Muat naik gambar profil dan muka hadapan
Gambar profil berfungsi sebagai ikon identiti perniagaan anda setiap kali anda membuat komen di posting atau kemas kini status di susur masa. Jadi sebaiknya dimuat naik logo perniagaan anda berbentuk petak yang bersaiz 170 px [W] X 170px [H].
Bagi gambar muka hadapan pula, lebih menarik jika diketengahkan imej atau elemen visual yang menggambarkan perniagaan anda dan disesuaikan dengan saiz berbeza untuk web (820 px [W] X 312 px [H]) dan mobil (640 px [W] X 360 px [H]). Tapi, kalau anda nak imej yang boleh diguna untuk kedua-dua platform tanpa perlu mengubah saiz, boleh mencuba kombinasi 820 px [W] X 462 px [H].
Anda juga boleh memuat naik video sebagai muka hadapan!
Langkah 3: Lengkapkan maklumat halaman perniagaan anda
Setelah halaman perniagaan anda telah terbina, Facebook akan menunjukkan beberapa petua dengan mengetik ‘See All Page Tips’ yang akan memunculkan pop-up dengan langkah-langkah mengisi maklumat halaman anda. Cara lain adalah dengan mengklik “Settings” dan “Page Info” untuk lengkapkan maklumat seperti:
Deskripsi, tidak lebih 155 aksara
Kategori
Maklumat Perhubungan
Lokasi
Waktu Operasi
Semua maklumat ini nanti akan muncul di bahagian “About” halaman perniagaan anda. Boleh juga nak masukkan info seperti anugerah, menu dan lain-lain mengikut kesesuaian model perniagaan, servis dan produk anda.
Langkah 4: Sesuaikan halaman
Untuk jadikan halaman perniagaan Facebook anda lebih unik dan menonjol, anda boleh sesuaikan dengan fitur “Templates and Tabs” yang membolehkan anda bagi sentuhan peribadi.
“Tabs” adalah ruangan berbeza yang menampilkan lain-lain jenis kandungan seperti post, gambar, ulasan dan macam-macam lagi lah. Anda boleh pilih ikut kesesuaian jenis perniagaan, produk ataupun servis anda, seperti:
Tawaran
Servis
Komuniti
Info dan Iklan
Tentang
Acara/Aktiviti
Facebook juga ada menyediakan “Templates” yang dilengkapi butang CTA, dan anda boleh prebiu terlebih dahulu templat-templat seperti:
Perniagaan
Kedai
Restoran & Kafe
Ahli Politik
NGO
Filem
Lokasi
Servis
Laman Video
Beli-belah
Langkah 5: Jemput berkolaborasi
Bila berniaga di atas talian, dan terutamanya bila dah ada halaman perniagaan Facebook, lagi padu jika dijemput kesemua pihak yang terlibat untuk berkolaborasi di platform media sosial.
Kolaborasi di halaman perniagaan Facebook memperlihatkan gabungan Admin, Editor, Moderator, Pengiklan dan Penganalisa. Peranan ini boleh ditetapkan di tetapan, klik pada “Page Roles”, dan setiap satu pastinya memberikan lebih umph kepada kehadiran perniagaan anda di platform media sosial.
-----
Ha, bila semua dah padu, barulah boleh mula memuat naik status dan kandungan menarik lain untuk berinteraksi dengan pelanggan baru dan sedia ada.